Kritikan Sajak Pendosa
KRITIKAN BUKU ANTOLOGI SAJAK PENDOSA Sajak-sajak yang terdapat dalam Buku Antologi Sajak Pendosa yang diselenggarakan oleh Lokman Abdul Samad merupakan himpunan puisi yang bersifat keagamaan dan ketuhanan. Penulis menghasilkan karya mereka dengan memerhatikan kehidupan masyarakat dan apa yang dialami oleh diri sendiri. Dalam pada itu, puisi-puisi yang ditulis juga mengandungi unsur sindiran terhadap masyarakat bertujuan untuk membawa masyarakat untuk sedar daripada kealpaan dunia sehingga lupa akan akhirat dan Tuhan-Nya sendiri. Puisi-puisi tersebut dapat dijadikan sebagai teguran kepada manusia yang mementingkan dunia. Dalam sajak Syahid Dalam Amarah karya Adiaulhaq membawa maksud bahawa manusia sudah jauh dari alur kehidupan yang sepatutnya. Puisi ini berbicara tentang hawa nafsu dunia yang telah merantai dan menguasai manusia sehingga mereka tidak dapat melepaskan diri dari lingkaran hawa nafsu tersebut. Penulis menyeru agar manusia yang pendosa segera cari perta...